Tuesday 11 December 2012

SERAI DALAM MASAKAN

Assalamu'alaikum. 
Selamat semua. Bersua kita kembali di entry yang terbaru. 

Saya berada dalam 'mood' yang gembira anda bagaimana? Mesti la gembira saya akan menghabiskan pengajian berbaki seminggu sahaja lagi. Dalam suka ada duka. Banyak perkara yang saya akan ingat sampai bila-bila. Kenangan bersama kawan-kawan. Emmmmmmmmmmmmm agak-agak bila akan berjumpa dengan rakan-rakan semula?

Walaupun 'mood' gembira akan menamatkan pengajian, tetapi kuliah mesti diteruskan dengan semangat berkobar-kobar hehe.

Berbalik kepada masak memasak, minggu inisaya dan rakan-rakan akan memasak masakan Thailand.
Urmphhhhhhhhhhh yummy yummy....
Saya suka............ saya suka...........mesti la menu wajib adalah TOMYAM.

Sebelum ke kelas amali, saya mencari maklumat mengenai masakan Thailand. Kebanyakan masakan Thailand ini mempunyai ciri-ciri dari segi rasa masam, pedas, dan boleh dikatakan masakan Thailand mempunyai rasa yang ekstremmmmmmmmm.

Masakan Thailand juga banyak menggunakan bahan yang akan menaikkan aroma dalam masakan seperti serai, daun limau purut, daun ketumbar dan lain-lain.

Jadi, saya mahu cerita tentang penggunaan SERAI.

SERAI


Terdapat lebih 50 spesis Cymbopogon ( Serai),serai India Timur (cymbopogon flexuosus) adalah
tempatan di India, Sri Lanka,Burma dan Thailand, sementara Serai India Barat (cymbopogon Citratus) dipercayai berasal dari Malaysia. Sementara kedua-kedua boleh digunakan, C. Citratus lebih sesuai untuk memasak. Di India C.Citratus digunakan untuk perubatan dan wangi-wangian.

Spesis lain digunakan dalam industri minyak wangi adalah Cynbopogon Martini(disuling menjadi minyak palmarosa) dan Rumput Citronella (Symbopogon Winterianus dan Jowitt) dari mana minyak Citronella didapati, lilin atau gaharu diperbuat dengan minyak Ctronella pekat boleh digunakan sebagai penghalau nyamuk.

Pokok serai wangi ialah rumput saka yang tinggi dan berbau wangi .Ia mengeluarkan rumpun daun yang lebat daripada rizom yang padat dan boleh membesar sehingga 1-1.5 m tinggi.


KEGUNAAN SERAI DALAM MASAKAN


Serai dalam tomyam

Serai adalah pokok herba malar hijau yang digunakan dalam masakan Asia (terutamanya masakan Thailand, Khmer dan Vietnam) dan masakan Karibbean. Ia mempunyai perasa lemon dan boleh dikeringkan dan dijadikan tepung atau digunakan segar. Digunakan dalam teh , sup dan masakan kari, ia juga sesuai untuk "poultry:, ikan, dan masakan laut.

Kebiasaannya Serai (Cymbopogon) di Asia ini lebih digunakan sebagai bahan tambahan dalam masakan seperti masakan TomYam, Satay dan masakan-masakan kampung yang lain. Selain itu, tumbuhan ini juga digunakan sebagai agen tambahan yang bertindak sebagai perisa makanan ringan.

Serai merupakan ciri utama masakan hidangan kari daging, ayam, makanan laut dan sayur-sayuran di Malaysia, Indonesia, Sri Lanka dan India. Ia sebati dengan masakan bersantan, terutamanya dengan ayam atau makanan laut,dan terdapat pelbagai resipi yang tidak terkira dari Thai dan Sri Lanka yang mengeksploitasi kombinasi ini. Batang yang telah dibiak juga digunakan di dalam teh atau digunakan dalam jeruk dan dalam perisa marinades.

PENGGUNAAN SERAI UNTUK KESIHATAN

Hasil daripada penyelidikan yang telah dijalankan oleh Dr. Duke’s Phytochemical and Ethnobotanical dan kajian yang terperinci dilakukan oleh Acta Protozol pada tahun 2006 mendapati tumbuhan ini (Cymbopogon atau serai) mempunyai sejenis bahan aktif yang yang dipanggil sebagai Citratus,CitronelolCitronella dan Citronellic. Bahan aktif ini boleh dihasilkan kepada rupa bentuk serbuk dan juga pati minyak apabila diproses dengan menggunakan cara yang tertentu. Kini, tumbuhan ini (Cymbopogon/serai) telah mempunyai nilai tambah hasil pertanian yang tinggi. Diantara kegunaan-kegunaan daripada hasil kajian tersebut ialah:
  1. Antibakteria, Antikulat, Antiserangga dan Antistress.
  2. Mengatasi masalah kulit berminyak.
  3. Bahan kosmetik .
  4. Ubat kepada sakit perut, cirit-birit, masalah pembuangan air besar, muntah-muntah, selsema dan sakit kepala.
  5. Bertindak sebagai pengimbang kepada kolestrol dalam badan.
  6. Bahan perisa makanan dan minuman.
  7. Pewangi deodran, peralatan mandian dan pembersih tubuh.
Bedasarkan kajian yang terbaru, pati minyak Citratus (sintesis ionones) yang telah diproses dengan menggunakan teknologi yang terkini mampu menghasilkan sejenis ubat atau agen panghalang kepada sel kanser daripada tumbuh aktif di dalam badan manusia.

Serai dianggap diuretik, tonik dan perangsang. Serai (Cymbopogon ciatrus) juga dikenali sebagai Rumput citronella, Rush Sweet atau Demam. Ia adalah herba ajaib dengan beberapa nilai-nilai terapeutik dan kuasa penyembuhan.

Jadi marilah sama-sama kita menggunakan serai dalam masakan. Selain memberi aroma, serai juga mempunyai banyak khasiat yang diperlukan oleh tubuh kita.

Jangan ingat nak makan sedap sahaja.

SELAMAT BERAMAL.....

Posted by: Noor Azila Asih



No comments:

Post a Comment