Sunday 23 December 2012

< Kari Kulit Lembu>

ok kawan-kawan, seperti yang dijanjikan
admin akan kongsikan dengan anda resepi daripada kulit lembu.. 
iaitu...

KARI KULIT LEMBU

admin sudah tunjukkan kepada anda cara untuk dapatkan kulit lebu yang putih dan jernih tu kan...^_^
soooo..
kita akan ke step seterusnya...


TARAAAAAAAA..
inilah rupanya kari kulit lembu tu,,,
jom kita ke dapur untuk masak ye...

Bahan-bahan ( untuk 5 orang makan. )

  • Bahan a:
  • 500g kulit lembu yang telah direbus dan dipotong nipis
  • 1/2 cawan cili padi kampung
  • 2 cawan lengkuas muda dihiris nipis
  • 1 keping asam keping
  • 3 cawan air
  • garam dan serbuk perasa
  • Bahan b (kisar)
  • 1/2 cawan udang kering
  • 10 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • Bahan c
  • santan pekat dari 1 biji kelapa

Cara-cara

  1. Rebus bahan-bahan a dan b sehingga lengkuas lembut.
  2. Masukkan santan kelapa, kecilkan api, kacau selalu sehigga mendidih.
  3. Rasa asam garamnya, bolehlah dihidangkan.

IKHLAS : ILI SUHAILI BINTI ISHAK

No comments:

Post a Comment