Saturday 22 December 2012

KUIH ABUK-ABUK

ASSALAMUALAIKUM...........

Zaman sekarang sukar untuk menemui kuih-kuih tradisional. Hari ini saya hendak kongsikan dengan anda semua tentang kuih tempatan iaitu kuih abuk-abuk.




Kuih sagu, gula, kelapa dan garam sedikit. Di lipat dengan menggunakan daun pisang menambahkan kewangiannya pada kuih ini.

Bahan-bahan ( 13 biji )

  • 3 cawan sagu biji. 
  • 2 cawan kelapa parut putih 
  • 3 sudu makan gula merah 
  • 3 sudu makan gula pasir 
  • secubit garam. 
  • 13 helai daun pisang. 
  • Lidi penyemat 

Cara-cara 

  1. Basuh sagu dan toskan 5 minit.
  2. Gaulkan sagu dengan kelapa. Tambahkan garam.
  3. Campurkan gula merah dengan gula pasir.
  4. Masukkan 2 sudu campuran sagu ke dalam calong daun pisang. Kemudian sendukkan 1/2 sudu campuran gula dan akhirnya masukkan 1 sudu campuran sagu.
  5. Tutup calong dan sematkan dengan lidi. Kukus kuih lebih kurang 10 minit. Siap.

POSTED BY: WAN NURUL IZZA BT. WAN MOKHTAR


No comments:

Post a Comment