Tuesday 4 December 2012

kenduri lagi...

pada minggu ini saya berkesempatan menghadiri kenduri sepupu saya di felda sebertak.
felda sebertak terletak di pahang...
dekat-dekat dah dengan tasik bera..
sepanjang perjalanan saya menyusuri sungai pahang..
ramai peniaga menjual ikan patin...
saya mengajak emak saya untuk singgah...
tapi....
mak saya tidak berani makan dikedai..sebab harganya sangat mahal..tambah-tambah ikan patin yang telah dimasak
yang membezakan ikan patin di sungai pahang dan ikan patin di tempat kita adalah cara mereka memelihara
ikan patin itu.sg pahang nii dorang tangkap sendiri dalam sungai..sebab tu mahal....
xpela, saya mencari inisaitif dengan cara mencari resepi dan akan menyediakannya sendiri...
hoooyeee...
jom kita cuba sama3 ye... 

MASAK LEMAK TEMPOYAK IKAN PATIN.....

Bahan-bahan ( 4 org makan )

  • 9 biji bawang merah/kecik (tumbuk)
  • 6 biji bawang putih (tumbuk)
  • 1 inci halia (ketuk)
  • 1/2 inci kunyit (tumbuk)
  • 13 biji cilipadi (tumbuk)
  • 3 keping lengkuas (yg dihiris nipis2)
  • 1 mangkuk kecik tempoyak
  • daun kesom seikat
  • air secukupnya
  • ikan patin sederhana besar

Cara-cara

  1. Tumiskan bawang merah dan bawang putih yang ditumbuk sehingga layu dan bau wangi.
  2. Tambah halia,kunyit dan lada yang ditumbuk.Kacau sebentar.Tambahkan air lebih kurang dalam 2 senduk.
  3. Letakkan ikan dan tambah air sehingga paras ikan.Masukkan lengkuas.
  4. Letakkan tempoyak dan garam sedikit.Tunggu sehingga mendidih.
  5. Bila dah mendidih,masukkan daun kesom dan kacau sedikit2.
  6. Tutupkan periuk lebih kurang dalam 15 minit. Kemudian rasa masam dan masinnya.
  7. Sekiranya tempoyak terlalu masam boleh tambah sedikit gula.Kalu terkurang masam blh tambah asam keping.
  8. Kemudian boleh di hidang.
  9. P/S : Jika suka kuah pekat boleh dilebihkan tempoyak.Jika suka kuah cair lebihkan sedikit air. Bawang merah,bawang putih dan lada boleh disesuaikan mengikut cara masing2 memasak.ok?


ikhlas: ILI SUHAILI ISHAK

No comments:

Post a Comment