Sunday 2 December 2012

KAEDAH MEMASAK!!!! APAKAH PERBEZAANNYA???

ASSALAMUALAIKUM 
DAN SELAMAT MALAM 
kepada pembaca semua. Diharapkan anda berada dalam keadaan sihat di bawah lindungan Allah.

Hari ini saya akan meneruskan entry saya dengan topik yang baru iaitu mengenai KAEDAH MEMASAK.
Emmmm semua tahu memasak sahaja kan tetapi tak tahu perbezaannya. Apa yang kita tahu adalah kaedah menggoreng, merebus dan mengukus yang kerap kita amalkan. Jadi, di sini saya mahu cerita sedikit mengenai kaedah memasak.


Mari sama-sama kita lihat perbezaannya.

Sebelum itu, terdapat dua prinsip memasak iaitu kaedah haba kering dan kaedah haba lembap.

PRINSIP MEMASAK


HABA KERING

HABA LEMBAP
  

KAEDAH MEMASAK
Menggoreng 
Membakar

Memanggang





Mengukus  
Mencelur

Mereneh

Merendidih

Merebus



1)Kaedah memasak makanan dengan menggunakan haba kering

Haba dipindahkan kepada makanan melalui udara panas dalam kaedah memasak dengan haba kering. Makanan dimasak sama ada di dalam ketuhar , gril , atau di atas bara api yang panas. Dalam kaedah memasak dengan haba kering , makanan yang dipanaskan akan menyebabkan protein di permukaan makanan membeku. Ini akan mengelakkan jus makanan keluar. Apabila warna makanan bertukar keperangan , suhu hendaklah dikurangkan supaya bahagian dalam makanan akan masak.

a) MEMBAKAR
Membakar ialah memasak makanan di dalam ketuhar panas maenggunakan arus elektrik , gas , kerosin atau arang. Makanan yang sesuai dibakar kek , roti , pastry dan sebagainya.
Prinsip membakar.
1.       Susun tetingkat ketuhar mengikut jenis makanan yang  hendak dimasak.
2.      Panaskan ketuhar 10 minit sebelum makanan dimasak oada suhu yang dikehendaki.
3.      Tutup pintu perlahan –lahan.
4.      Kurangkan suhu selepas 10-15 minit supaya makanan masak sepenuhnya.
5.      Elakkan membuka pintu ketuhar semasa makanan dibakar kerana udara sejuk yang masuk akan menurunkan suhu.

b) MEMANGGANG

 
Memanggang ialah memasak makanan dengan menggunakan haba yang sangat panas daripada elemen pemana sapi yang terbuka atau di dalam ketuhar. Makanan yang sesuai dipanggang ialah daging , ikan , ayam dan sayuran berubi.
Prinsip memanggang
1.       Ketebalan potongan daging yang dipangggang hendaklah antara 2.5 cm – 7.5cm
2.      Makann dilumurkan dengan minyak atau rempah untuk mencegah makanan daripada menjadi terlalu kering.
3.      Makanan boleh dibalut dengan kerajang aluminium untuk mngekalkan jus makanan.
4.      Makanan dibalikkan selalu supaya masak sama rata dan tidak hangus.

c) MENGGORENG

Menggoreng ialah kaedah memasak makanan dalam minyak atau lemak yang telah dipanaskan. Terdapat tiga cara menggoreng, iaitu menggoreng kering, menggoreng tohor, dan menggoreng dalam minyak penuh.


OK. Rasanya cukup untuk entry kali ini mengenai kaedah memasak haba kering. Untuk entry akan datang saya akan kupas mengenai kaedah haba lembap.

Jumpa anda semua untuk entry akan datang..

Posted by: NOOR AZILA BINTI ASIH

No comments:

Post a Comment