Friday 21 December 2012

BUAH DELIMA


ASSALAMU’ALAIKUM……

Hari ini agak lewat saya berkongsi info terbaru kepada anda. Al maklum la sibuk sedikit uruskan persiapan untuk wedding adik tahun hadapan. 

Besok sibuk dengan kenduri anak saudara pulak. Asa lama sangat tidak makan nasi kenduri, akhirnya hajat tecapai jugka besok. Kita orang Melayu asyik makan sahaja tanpa menitik beratkan soal kesihatan diri.

Jadi, malam ni saya mahu kongsi sedikit info kepada anda mengenai khasiat yang mudah kita dapati dan sedap untuk dinikmati.
Biasa la adat manusia biasa kita gemarkan makanan yang sedap sedap sahaja. Kali ini saya nak kongsikan khasiat sejenis buah buahan yang di sebut dalam hadis Rasulullah S.A.W.

Mari sama-sama kita lihat.


Pasti semua orang mengenali buah di atas.

Nama Tempatan:
Delima
Nama Saintifik:
Punica granatum
Nama Lain:
pomegranate,Rumman,rumien, rimmon
Famili:
Lythraceae
Lokasi dijumpai:
Asal:
Iran , Himalaya, Utara India


Di dalam al Quran, terakam indah firman Allah yang bermaksud,

" Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon kurma dan delima". [Surah al Rahman ayat 68]. 

Allah menyebut buah delima (rumman) sebanyak 3 kali di dalam ayatNya untuk menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai buahan daripada syurga. Mengapa begitu sekali pengiktirafan Allah terhadap buah delima sebagai anugerah kepada makhlukNya di muka bumi? Apakah keistimewaan di sebalik sebiji buah delima?

Dari sudut pemakanan, buah delima amat kaya dengan sodium dan mengandungi unsur- unsur nutrien seperti riboflavin, tiamin, niasin, vitamin C, kalsium dan fosforus. Manakala zat protein dan lemak hanyalah sedikit sahaja terkandung di dalamnya. Oleh sebab ia mempunyai nilai pemakanan yang baik, buah delima juga disarankan dimakan dalam mengimbangi pemakanan sempurna dari kelas buah- buahan.

Delima digelar ’superfruit’ mengandungi antioksidan yang unggul diterajui oleh asid ellagik yang berupaya melindungi kalenjar prostat, payu dara, organ paru-paru dan jantung atau sistem kardiovaskular.

 
Khasiat perubatan sudah dijumpai sejak 8000 tahun yang lalu oleh masyarakat Parsi Purba kerana ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, Magnesium dan Calcium.

Antara khasiat buat delima mengikut buku perubatan Parsi termasuk :

·         Membaikpulih fungsi hati dan limpa
·         Mencuci buah pinggang dan salur kencing
·         Membantu penghadaman
·         Membuang lemak-lemak berlebihan
·         Menambah tenaga
·         Mengelakkan alahan bagi wanita mengandung
·         Mengubahsuai hormon bagi wanita monopause
·         Membaiki sistem pembersihan dan pengaliran darah
·         Merawat ATAU membaik pulih pesakit kencing manis
·         Menambahkan tenaga dan mengelak dari penyakit lemah tenaga batin
·         Mencantikan kulit.

Dari kajian perubatan moden Jus Delima mempunyai khasiat-khasiat lain seperti:-

·         Mengurangkan pengumpulan lemak di dinding pembuluh darah, mengelakkan dari salur darah tersumbat dan mengeras yang menjadi punca penyakit jantung
·         Mengurangkan tekanan darah sebanyak 5% di kalangan pesakit tekanan darah tinggi jika mengambil Jus Delima sebanyak 50cc setiap hari selama 2 minggu
·         Menghalang pembentukan sel barah payu dara Di Jepun terdapat laporan yang menggalakkan pengambilan Jus Delima dalam membantu mengubati penyakit jantung, tekanan darah tinggi, menambah tenaga, untuk kecantikan kulit dan banyak lagi khasiat lain .

Posted by NOOR AZILA BINTI ASIH


No comments:

Post a Comment