Friday 21 December 2012

BAWANG MERAH...


Bawang la pulak admin ni..heheh
pada minggu ni ramai sangat kawan-kawan admin yang kawin...
so bila  menghadiri kenduri perkahwinan mesti la kn makn banyak kan kan kan...
so admin cuba mencari sesuatu yang bole bagi semangat semangt untuk makan..
erk..macam tu pun boleh erk..heheh
so admin dapat ilham, setiap masakan mesti menggunakan bahan-bahan utama macam bawang..
admin oun cari la kelebihan-kelebihan bawang ni..
kita kongsi bersama ye ilmu yang kita dapat ni...^_^







1. Bawang merah dapat mengubati penyakit yang berkaitan dengan sistem penghadaman, seperti masuk angin, sembelit dan masalah cacing.
2. Bawang merah dapat memperbaiki sistem peredaran darah dan mengelakkan radang limpa serta tekanan darah.
3. Walaupun bau bawang merah tidak menyenangkan tetapi sebenarnya bawang merah sangat baik untuk memperbaiki sistem pernafasan.
4. Bawang merah dapat mengubati penyakit bengkak mata dan mengatasi masalah selaput putih dimata.
5. Jika anda mempunyai bisul sapukanlah bisul anda dengan bawang merah kerana bawang merah dapat membantu meredakan bengkak pada bisul anda.
6. Bawang merah dapat membangkitkan selera untuk anda yang kurang berselera untuk makan.
7. Jika anda menghadapi kabur penglihatan dan sakit telinga banyakkan makan bawang merah kerana bawang merah membantu mengurangkan masalah anda.
8. Biji bawang merah dikatakan dapat mengurangkan risiko dari masalah botak.

IKHLAS: ILI SUHAILI ISHAK

No comments:

Post a Comment